Saturday, 18 August 2018

[18 Ogos 2018]

Hari ini sudah hampir 2 bulan aku melanjutkan pengajian aku dalam Foundation of Biological Science kat Universiti yg sudi 'kutip' aku ni. Aku bersyukur yg teramat sangat. Cuma, hari ni merupakan antara hari-hari yang agak janggal bagi aku. Jasad dan jiwa aku seolah-olah tidak bersebati dengan elok.

Makin hari, aku makin terasa lemah, tidur semakin banyak, badan terasa berat. Padahal, kehidupan di asasi tak berapa memenatkan. Aku kian bingung. Aku seolah-olah confuse dengan apa yang sedang aku kerjakan. Aku mudah lupa, apa yang aku kerjakan. Kadang-kadang, apabila seseorang tengah bercerita kepada ku, aku umpama melihat bayangan semata-mata dan bukan realiti. Aku, makin hari, makin teruk aku rasakan. Jiwa ini seolah-olah meracau begitu kuat, merobek dan mencakar hati aku sehinggakan aku sakit seperti tersiat-siat.

Paling sakit adalah apabila, tengah aku tengah dalam lecture, aku rasa aku tiba-tiba tenggelam. Aku umpama tenggelam dalam ruang masa aku sendiri. Masa yang umpama berjuzuk, tapi aku tak mampu ungkapkan keadaannya. Aku seolah-olah berada di satu dua tempat yang dingin, panas, hujan, ribut, dan sebagainya. Aku umpama dalam gelap, padahal orang lain dalam cahaya. Aku jadi semakin berduka dan bertambah berduka apabila aku cuba untuk memberitahu semua yang aku rasakan kepada orang lain, aku tak mampu. Sebab seolah-olah tiada apa yang mampu mendefinisikan apa yang aku alami. 

Kawan aku kadang-kadang hairan, kenapa aku pakai baju tebal-tebal seperti Labcoat dan baju sejuk di tengah-tengah terik matahari pukul 12 tengahari? Aku hanya jawab, aku sejuk. It just like I don't know what actually happen to my body. I confuse with everything, suhu, rasa or even masa. Jiwa saya umpama tidak bertempat setempat dengan aku.

Keadaan aku, makin hari makin teruk. aku takut, terkadang aku cemas. Aku memikirkan, adakah aku tergolong dalam golongan psikopat? Aku cuba mendiamkan diri. Sebab aku takut. Untuk kurangkan perasaan ni, aku cuba positifkan diri, "It's ok Allif, kalau kau psikopat sekalipun, Einstein pun orang cakap dia psikopat kan? Tapi dia tetap diiktiraf dengan teori-teori yang dia buat."

Aku cuba mencari bantuan, tapi, aku terus hanyut dalam diri aku sendiri.